Oh! Inspirasi
PM New Zealand Hantar Surat Penghargaan Rasmi Kepada Khairul Aming
Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon hari ini telah menghantar surat penghargaan rasmi kepada pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan perkara itu dikongsikan oleh KA sebentar tadi.
PM NZ mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming kerana mengajar beliau memasak dan menganjurkan majlis sarapan makanan tempatan semasa mengadakan lawatan di Malaysia.

Ia memberi inspirasi untuk mengetahui kisah anda, daripada permulaan kecil membuat video memasak semasa ‘lockdown’ Covid-19 hinggalah kepada usaha niaga semasa anda hari ini, termasuk sambal anda yang banyak mendapat permintaan.
Selain itu, Luzon juga memaklumkan industri pelancongan New Zealand sememangnya menghargai usaha Khairul Aming yang sebelum ini pergi ke New Zealand untuk membuat konten masakan.

Saya mendengar bahawa video anda tentang sarapan pagi kami menarik 8 juta tontonan di Instagram dalam masa beberapa hari. syabas!
PM NZ juga mendoakan yang terbaik Khairul Aming dalam apa-apa perkara yang menanti beliau kelak.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM