Iyalah, beras pun makin mahal sekarang ni dik. Memang kena kerja siang dan malam untuk menampung kehidupan. Tapi bagi orang yang kais pagi makan pagi, ada yang terpaksa buat sehingga empat kerja sehari.
Korang tengoklah sendiri perkongsian pengguna TikTok Afrin Najiha Makmur ni, walaupun ada slip disc, dia sanggup bekerja demi membantu suami yang tak bekerja tetap.
Selepas hantar anak ke sekolah, Najiha akan mula kerja mencuci Masjid Al-Ridhuan di Hulu Klang termasuk bahagian tandas dengan upah RM300.
Siap je kerja mencuci, ibu lima anak ini akan pergi menjual aiskrim dan kek pula yang dibawa sekali di tepi jalan.
Kek coklat dan aiskrim potong dibuat sendiri pada lewat malam selepas anak tidur. Masa terluang yang ada saya akan gunakan untuk ambil upah jual produk kecantikan.
Hujung minggu pun Najiha bekerja tau, dia membersihkan kawasan Masjid Al-Sharif di Simpang 3, Gombak, Selangor dengan upah RM300.