Kahwin awal atau lambat bukanlah satu isu, siapalah kita nak menentukan bila nak berkahwin dan dengan siapa kita akan berkahwin, betul tak?
Ini jawapan yang biasa kita akan berikan kepada ahli keluarga dan sanak-saudara yang kerap bertanya “bila nak berkahwin” hingga menyebabkan anak muda zaman sekarang berkahwin tanpa ilmu.
Perkara ini nampak remeh tetapi ada yang sanggup berkahwin semata-mata nak menutup mulut orang dan akhirnya berlaku penceraian.
Tetapi kalau ikutkan data yang direkodkan, jumlah perceraian yang berlaku pada tahun ini kebanyakannya berlaku kepada pasangan yang berkahwin dibawah umur 35 tahun.
Berdasarkan statistik pada November 2022 sebanyak 43,000 kes penceraian dilaporkan berlaku pada tahun 2021 dan 23,000 kes melibatkan pasangan muda! Seramkan?
Peguam syarie, Farah Diyana Azhar berkata kebanyakkan pasangan muda ini bercerai akibat kurang ilmu dalam bab perkahwinan, masalah kewangan dan kurang matang.
Kadar penceraian ini sungguh membimbangkan dan ianya seperti trend yang berlaku di Malaysia. Tak tinggal pula bagi pasangan yang berumur 30-34 yang juga merekodkan jumlah penceraian yang tertinggi.
Ini merupakan 3 faktor utama pasangan mengambil langkah mudah untuk bercerai mengikut peguam syarie, Nurul Syafawani Rahim:
Faktor 1 – Masalah kewangan
Faktor 2 – Tekanan emosi dan hilang kawalan diri
Faktor 3 – Pasangan tidak sekufu
Sebelum ingin mendirikan rumahtangga pastikan diri anda penuh dengan ilmu didada dan bukan kahwin hanya kerana cinta semata-mata dan elakkan penceraian menjadi zikir harian anda.
Alam perkahwinan ini penuh dengan pancaroba dan percayalah Tuhan tak akan menduga seseorang itu diluar kemampuan hambaNya.