Oh! Inspirasi

Menang Saman Fitnah RM1.52 Juta, Zakir Naik Sumbang Kepada Palestin

Published on

Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta atas dakwaan fitnah terhadap pendakwah dari India, Dr Zakir Naik.

BACA: P Ramasamy Disaman Dr Zakir Naik Kerana Memfitnah

Bayaran itu perlu dibuat P Ramasamy dalam masa 30 hari dari tarikh perintah mahkamah. Namun, P Ramasamy difahamkan akan membuat rayuan.

Zakir Naik pula mengumumkan wang tersebut akan disumbangkan kepada Palestin yang kini sedang bergolak.

Katanya, rakyat Palestin kini sedang melaksanakan fardu kifayah iaitu melindungi tempat suci ketiga umat Islam, Masjid Al-Aqsa.

Beliau berharap usaha kecil beliau menderma jumlah penuh RM1.52 juta diterima Allah SWT.

Kredit: Facebook Dr Zakir Naik

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version