Oh! Inspirasi
Baru Mendarat Di Kelantan, Khairul Aming Mula Misi Bantuan Banjir
Keadaan banjir di Pantai Timur terutama Kelantan ketika ini semakin buruk dengan jumlah lebih 59,000 orang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Misi bantuan banjir sedang giat dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab termasuk pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Khairul Aming mula misi bantuan banjir
Difahamkan, Khairul Aming telah selamat mendarat di Kota Bharu, Kelantan dan kini sedang membuat persiapan menyediakan 1,200 bungkus nasi untuk diagihkan malam ini.

Selesai mengagihkan makanan, tim Khairul Aming akan membeli barangan keperluan asas dan menghantar ke PPS menggunakan lori pada esok hari.
Perlu bantuan segera

Pempengaruh ini juga memerlukan bantuan segera keperluan asas untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
Katanya, buat masa ini ada ribuan mangsa tidak cukup keperluan asas tersebut.
#OhmediaNasihat
Bencana seperti banjir mengingatkan kita pentingnya nilai kemanusiaan dan persediaan awal. Kita boleh belajar daripada Khairul Aming yang tidak hanya memberi bantuan, tetapi juga menjadi inspirasi untuk bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Khairul Aming
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM