Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat bukan menjadi satu masalah untuk diteruskan meksipun terpaksa berdepan dengan situasi banjir kerana kerajaan dilihat sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki selepas terdapat segelintir pihak tidak bersetuju untuk meneruskan PRU-15 dengan membangkitkan isu banjir.
Kerajaan masih ada, yang berkempen bukan pasukan bomba, NADMA, bukan PDRM dan Rela. Yang terlibat hanya orang parti politik.
Tambah Asyraf Wajdi lagi, gambaran jelas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) membantu kerajaan (caretaker) sedia ada untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Bukan itu sahaja, Asyraf Wajdi menegaskan lagi bahawa sekiranya berlaku bencana banjir, Pemuda UMNO merupakan antara yang terawal turun padang sepertimana yang dilakukan mereka sewaktu bencana banjir di Baling, Kedah beberapa bulan lalu.