Ramai yang memanjatkan doa kepada Almarhum Tun Rahah termasuklah seorang pakcik yang sebelum ini gambarnya sedang menadah tangan berdoa di luar pagar masjid.
Gambar pakcik Rusli Md Udin itu tersebar sehingga menarik perhatian anak kepada Tun Rahah iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang turut menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan pakcik Rusli.
Akhirnya dalam perkongsian terbaru, Najib Razak bersyukur kerana dengan bantuan sosial media dia akhirnya dapat berjumpa secara berdepan dengan pakcik Rusli.
Akhirnya, bertemu juga kami. Kuasa media sosial. Terima kasih Jabatan Netizen bantu. Ada sahabat Facebook saya yang ternampak Rusli Md Udin berdoa di luar masjid ketika pengurusan dan pengebumian jenazah bonda. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan merahmatinya. – Tulis Najib Razak.