Oh! Negara

Tak Hadir Sambutan Thaipusam, Anwar Ibrahim Dilaporkan Tidak Sihat

Published on

Hari ini dikhabarkan satu berita mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak.

BACA: “Anwar Khianat..” – Muhyiddin Bersuara Isu PMX Lantik Nurul Izzah Jadi Penasihat Kanan

Beliau dilaporkan tidak dapat hadir ke sambutan itu adalah disebabkan oleh faktor kesihatan dirinya.

Terpaksa ke hospital

Menurut Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar, Anwar telah memaklumkan perkara itu kepadanya dan beliau kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Tambahan, satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia bersama Perdana Menteri akan diadakan bagi menyampaikan amanat dalam masa terdekat ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version