Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Syorkan Pelajar SPM Jadi Macam Dirinya, Akauntan Bertauliah

Ohmedia rafizi ramli datuk seri negeri sembilan

Oh! Negara

Rafizi Ramli Syorkan Pelajar SPM Jadi Macam Dirinya, Akauntan Bertauliah

Ramai pelajar SPM yang pening kepala nak pilih jurusan lepas keputusan diumumkan. Nak ikut minat atau fikir kerja? Menurut Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, minat tu penting tapi kena tengok juga prospek pekerjaan selepas tamat pengajian.

Dilema ibu bapa dan pelajar ialah jurusan apa nak ambil selepas SPM. Banyak yang kata akan pilih ikut minat. Nasihat saya kena imbangkan antara minat dengan peluang kerjaya baik masa hadapan.

Tak perlu belajar akaun dari sekolah untuk jadi akauntan…

Image

Kalau korang rasa kena ambil akaun dari sekolah lagi untuk jadi akauntan, korang silap!

Rafizi sendiri merupakan contoh terbaik. Beliau belajar aliran sains tulen dan kemudian kejuruteraan, tapi sekarang merupakan akauntan bertauliah.

IKLAN
Rafizi Ramli

Sebab itu saya syorkan jadi akauntan bertauliah, macam saya! Saya dulu pelajar sains tulen. Habis SPM, buat A-Levels pun sains tulen. Ijazah pun buat kejuruteraan elektrik dan elektronik.
Habis universiti, saya kerja sebagai auditor dan akauntan bertauliah.

Akauntan bertauliah lebih bernilai dari sekadar ijazah…

Image

Rafizi turut jelaskan bahawa industri kewangan dan perakaunan lebih pentingkan kelayakan profesional daripada sekadar ijazah akademik.

Antara keputusan terbaik saya pernah buat ialah menjadi akauntan bertauliah di bawah ICAEW.

Peperiksaan dari badan profesional seperti ICAEW atau ACCA jadi kunci utama untuk berjaya dalam bidang ni.

Untuk bantu lebih ramai Bumiputera, Yayasan Peneraju di bawah Kementerian Ekonomi akan tingkatkan jumlah pelajar SPM yang dilatih jadi akauntan bertauliah.

Tahun ini, jumlah pengambilan pelajar lepasan SPM ditingkatkan daripada 500 orang kepada 1,500 orang setahun.

Pelajar akan menerima pembiayaan dan dihantar ke institusi seperti Sunway University, INTEC Shah Alam, Tymba dan lain-lain.

Usia 21 tahun dah boleh bekerja dengan gaji lumayan..

Image

Bayangkan pada umur 21 tahun, korang dah boleh kerja di firma besar sebagai akauntan bertauliah, asalkan lulus semua peperiksaan.

Jika adik berjaya lulus semua peperiksaan tanpa gagal, pada umur 21 tahun adik sudah boleh mula bekerja sebagai akauntan bertauliah di firma-firma besar.

Pssttt! Minat memang penting, tapi masa depan kena dirancang dengan bijak. Kalau ada laluan kerjaya yang boleh bagi peluang cerah dan stabil, kenapa nak tolak? Apa yang Rafizi kongsi ni bukan sekadar nasihat kosong – dia sendiri dah lalui jalan tu. Jadi, kalau korang tengah fikir-fikir lepas SPM nak ke mana, mungkin ini laluan yang patut korang pertimbangkan. Bukan saja boleh berjaya, tapi boleh jadi inspirasi macam Rafizi.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas