Oh! Negara

Perdana Menteri Ke-10 Terima Penasihat Kanan Baru Bagi Ekonomi Dan Kewangan

Published on

Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menerima penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan selepas melantik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan anaknya sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, pelantikan itu telahpun berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu lagi selepas pengalaman bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini berjaya mengendalikan isu kemiskinan dan TVET.

Ini boleh dimanfaatkan dalam pembabitan saya bersama pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, kebertanggungjawaban dan dasar berasaskan bukti. – Lapor FMT.

Dalam pada itu, Nurul Izzah berpandangan peranan baharunya ini bakal mencabar kebolehan sebenarnya bagi menghadapi masalah ekonomi yang dihadapi negara ketika ini.

Peranan baharu saya akan membolehkan saya memikul tanggungjawab baharu yang sudah pasti mencabar, berikutan masalah ekonomi yang kita hadapi.

Bagaimanapun, saya yakin mampu menyumbang kepada evolusi Malaysia, yang bukan saja untuk pertumbuhan tetapi yang memartabatkan semua lapisan masyarakat dan menyediakan kesaksamaan dalam peluang. – Kata Izzah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version