Oh! Negara
Penguatkuasa Didakwa Terima RM2.7 Juta Setahun Dari Pusat Urut Terkemuka
SPRM siasat pusat urut bayar rasuah RM2.7 juta setahun, 124 akaun dibekukan dan 5 individu ditahan.
Rasanya benda ni dah ramai dapat agak, kalau tidak, macam mana diorang boleh aman je beroperasi. Apapun kali ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dedah satu rangkaian pusat urut terkemuka yang dipercayai bayar rasuah sehingga RM2.7 juta setiap tahun kepada pegawai penguat kuasa.
Bukan itu je, sistem kira-kira pun licik sampai boleh bocorkan cukai lebih RM7 juta setahun! Bila SPRM serbu dan siasat, makin banyak cerita keluar termasuk penggeledahan dan pembekuan akaun bernilai jutaan ringgit.
Pusat urut guna sistem dua kira

Menurut sumber, rangkaian pusat urut terbabit dipercayai guna sistem perakaunan dua lapis. Maksudnya, hanya 20 peratus daripada jualan tunai yang dilaporkan.
Cara ni menyebabkan kerajaan berisiko kehilangan cukai sebanyak RM7.56 juta setahun. Dalam masa sama, pusat urut tu juga dipercayai bayar rasuah RM2.7 juta setiap tahun kepada pelbagai agensi penguat kuasa.
Syarikat ini disyaki membayar rasuah sebanyak RM2.7 juta setahun kepada beberapa pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa termasuk PBT sebagai wang perlindungan.- Katanya.
Lima individu ditahan, termasuk pesara

SPRM tak tunggu lama. Lima lelaki berusia 30 hingga 60-an ditahan semasa beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara jam 5 hingga 7 petang.
Antara yang ditahan termasuk tiga penguat kuasa dan seorang pesara. Mereka direman selama empat hari hingga 2 Februari ini. Seorang lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Dalam siasatan ni, SPRM dah panggil 16 saksi dan geledah enam lokasi sekitar Lembah Klang melibatkan pejabat serta kediaman suspek. Tak cukup dengan tu, sebanyak 124 akaun perbankan milik individu dan syarikat turut dibekukan. Nilainya dianggarkan sekitar RM13.3 juta.
Disiasat bawah Akta SPRM dan AMLA

Kes ni disiasat bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009. Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin sahkan penahanan tersebut.
Siasatan juga sedang menganalisis dan mengenal pasti elemen-elemen di bawah kesalahan jenayah lain khususnya di bawah aktiviti pengubahan wang haram.- Katanya.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan ambil mudah bab integriti. Duit mungkin boleh beli ‘perlindungan’, tapi bila dah kantoi, habis semua terbongkar. Jangan sesekali terlibat dengan rasuah, sekecil mana pun ia bermula.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM