Menurut laporan Harian Metro, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telahpun meluluskan perkara ini semalam dan ianya dikatakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan di akaun Facebook miliknya.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung pada 1 November di Pejabat Agung Pas Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.
Sepertimana semua tahu, PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dan terpaksa diadakan selepas pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri.
Kesemua parti politik yang terlibat juga dinasihatkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telahpun ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak.