Oh! Negara

Jalani Pembedahan Mata, Ismail Sabri Kini Dalam Pemantauan Kesihatan

Published on

Tular di media sosial mengenai mantan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan telah menjalani pembedahan di bahagian mata.

BACA: “Lapang Kepala Tak Serabut Masalah Politik” – Ismail Sabri Seronok Bawa Keluarga Bercuti Ke Dubai

Laporan Sinar Harian mengatakan beliau menjalani pembedahan tersebut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi tadi.

Pembedahan mata

Menurut salah seorang pegawainya, Ahli Parlimen Bera itu telah membuat pembedahan pada bahagian mata kanannya.

Prosedur pembedahan berlangsung selama dua jam dan selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Datuk Seri kini berada di wad untuk pemantauan doktor dan dijangka akan discaj pada petang ini.

Semoga cepat pulih buat Datuk Seri kami ucapkan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version