Baru-baru ini, Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan mengurangkan separuh hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Denda yang dikenakan sebanyak RM210 juta juga dikurangkan kepada RM50 juta.
Menghargai ‘pengampunan’ yang diberi, ahli keluarga Najib bagaimanapun kecewa apabila bapa mereka tidak dapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta merta.
Dalam satu hantaran di Instagram, Nooryana berkata, harapan palsu adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.
“False hope…” – Anak Najib
Nooryana berkata, Najib Razak dan ahli keluarga kekal dengan pendirian bahawa beliau tidak bersalah. Malah, orang ramai yang mengikut kes SRC secara dekat pasti setuju dengan penghakiman Hakim Sabah dan Sarawak bahawa Najib Razak melalui ketidakadilan yang besar.
Kekal pendirian Najib Razak tak bersalah
Terdahulu, Lembaga Pengampunan bersetuju membebaskan Najib Razak pada 23 Ogos 2028 selepas bermesyuarat pada Isnin lalu. Jika gagal membayar denda RM50 juta, hukuman penjara akan ditambah setahun lagi.