Oh! Negara

Disyaki Sorok 180 Tan Beras, Kilang Di Kedah Kena Sita

Published on

Dahlah susah nak dapat, kilang pula disyaki menyorok bekalan beras sehingga 180 tan yang bernilai RM405,000. Biar betul?

BACA: Lelaki Viral Menari TikTok Dengan Lagu Cap Rambutan Dapat Beras Percuma

Lapor Harian Metro, tindakan sita diambil petugas Ops BPT selepas kilang di Kedah itu didapati menyimpan beras putih tempatan (BPT) dalam gudang simpanan yang tak dinyatakan dalam lesen.

Kredit foto: Noorazura Abdul Rahman

Kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, BPT yang disimpan dalam gudang ditemui dalam kampit jumbo.

Beliau yang mengetuai operasi itu mengesahkan sitaan dibuat untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Jangan ambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan yang berpatutan untuk rakyat, bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan yang lebih.

Jika didapati bersalah, kilang boleh didenda sehingga RM25,000 bagi kesalahan pertama. Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras juga boleh membatalkan atau menggantung lesen kilang melalui notis bertulis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version