Oh! Negara

“Bertanding Politik Tapi Letak Pencapaian Bola” – Biodata Baddrol Bakhtiar Tarik Perhatian Ramai

Published on

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik biodata memaparkan tarikh lahir, asal, keluarga dan pencapaian di dalam kerjaya.

BACA: “Bagi Dia Masa” – Kecoh Baddrol Bakhtiar Berkempen Tapi Baca Teks, Ini Respon Altimet

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook itu, Baddrol memperkenalkan diri sebagai calon N22 Dun Gurun yang akan bertanding pada 12 Ogos ini.

Namun, pengguna di Twitter mempersoalkan mengapa bekas pemain bola sepak ini tak menyertakan pencapaian di dalam akademik.

Mereka berpendapat biodata Baddrol ini sesuai untuk memohon jawatan jurulatih bola sepak kerana semuanya berkenaan bola sepak.

Namun, reaksi sebaliknya diterima pengikut Baddrol di Facebook di mana rata-ratanya memberi sokongan padu dan mengucapkan selamat maju jaya.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Twitter RajaMohdShahrim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Oh Makan: Ayam Pansuh Terbang Dari Sarawak

♬ original sound – Oh! Media

Exit mobile version