Oh! Negara

Akhirnya Anwar Ibrahim Umum Akaun Fleksibel KWSP, Boleh Akses Pada Bila-Bila Masa

Published on

Paling ditunggu-tunggu! Akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan distrukturkan semula bagi memperkasakan simpanan persaraan dan hal ini dibentangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 sebentar tadi menurut laporan mStar.

Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

Sebelum ini, KWSP pernah mencadangkan untuk memperkenalkan Akaun 3 dimana simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Kadar simpanan dalam Akaun 3 ini mungkin membabitkan antara 5 hingga 10 peratus. Bukan tu jer, dengan adanya akaun 3 itu nanti, peratusan caruman Akaun 1 juga akan dinaikkan.

Ahli juga boleh pindahkan simpanan dari Akaun 3 ke Akaun 1 ataupun Akaun 2.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Exit mobile version