Oh! Negara

Abang Muhyiddin Yassin Meninggal Dunia, PM Anwar Ibrahim Ucap Takziah

Published on

Dukacita dimaklumkan abang kandung kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Tan Sri Abdul Aziz Yassin telah meninggal dunia.

Berita sedih ini dikongsikan Muhyiddin melalui Facebook yang menyifatkan abangnya sebagai seorang yang sentiasa memberikan sokongan dan membantunya.

Tan Sri Abdul Aziz Yasin difahamkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, beliau merupakan bekas Ahli Parlimen muar dan hembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat sakit tua.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah kepada Muhyiddin Yassin dan keluarga.

Salam takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas kehilangan abang yang dikasihi Tan Sri Abdul Aziz Yassin. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version