Oh! Lifestyle

#YTJT Ini Sebab Kenapa Nama Perabot IKEA Unik

Published on

Sedang kita berjalan-jalan sambil membeli kelengkapan rumah di IKEA, pasti kita tertanya-tanya mengenai nama unik pada perabot tersebut bukan?

BACA: #YTJT Tragedi 15 Februari, Ini Adalah Wira Melayu Yang Gugur Di Medan Perang

Bukan sahaja unik dan sukar dibaca, nama perabot dalam bahasa Sweden itu sebenarnya diberi atas sebab tersendiri. Jom, hari ini Oh! Media akan kongsi sebab mengapa kelengkapan rumah di IKEA diberi nama sebegitu.

Sebab sebenar

Nama bagi kelengkapan rumah tersebut telah diberi oleh pengasas IKEA, Ingvar Kampard yang mempunyai masalah disleksia. Diksleksia merupakan gangguan pembelajaran yang dicirikan kepada kesukaran untuk membaca.

Oleh itu, Ingvard telah menggunakan bahasa tersendiri berdasarkan daripada unsur yang berada di tanah airnya. Peralatan seperti sofa, rak buku atau tombol pintu merupakan nama suatu tempat dalam bahasa Sweden.

Bertemakan nama unsur

Kelengkapan rumah yang lain seperti katil dan almari pakaian mengandungi nama tempat di Norway. Manakala, permaidani dinamakan sempena tempat di Denmark dan di bahagian kutleri, meja dan kerusi pula merupakan nama tempat dari Finland.

Nama bagi kelengkapan bagi bilik air telah diambil sempena tasik dan sungai di Sweden. Malah, terdapat juga perabot yang dinamakan sempena pekerjaan seperti bercucuk tanam.

Disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialami, Ingvard telah menamakan dan mengklasifikasi barangan yang dijual sempena nama manusia, haiwan, tempat dan kata sifat. Wow! Menarik bukan?

Kredit: Beritajatim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version