Selalu alami masalah kesihatan seperti sesak dada dan pening kepala sampai perlukan rawatan di hospital?
Korang mungkin alami perkara yang sama seperti seorang wanita yang berkongsi di laman sosial X, di mana dia sudah hampir sebulan kerap diserang demam sehingga dia mula berfikir mungkin terkena gangguan makhluk halus.
Seorang pelayar di X, flwrsxB memberi cadangan supaya dia menukar cadar dan mencuci kipas kerana berkemungkinan terdapat kulat (mold) dalam bilik.
Malah, pelayar itu turut berkata gejala yang dialami wanita itu mungkin ada kaitan dengan sindrom bangunan sakit atau sick building syndrom (SBS).
Sick building syndrom (SBS) yang mana individu di dalam sesebuah bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.
Tambahan, mereka yang mempunyai SBS akan rasa sakit kepala, sesak nafas, sakit tekak, bersin, sukar untuk fokus dan pedih mata akan berkurangan atau sembuh selepas keluar dari bangunan tersebut.