Tular satu berita mengenai seorang individu yang mengatakan terdapat restoran yang mengenakan caj sebanyak RM2 hanya kepada air suam, eh biar betul?
BACA: 7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu
Menurut laporan Sinar Harian, individu yang didakwa pelanggan restoran itu memberitahu bahawa lokasi kedai makan tersebut berada di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Cekik darah
Individu tersebut memaklumkan bahawa restoran itu telah mengecaj sebanyak RM102 buat empat orang makan. Harga yang dikenakan itu dianggap tidak masuk akal kerana harga bagi air suam adalah bersamaan dengan harga bagi nasi putih.
Makan berempat, nasi campur je…nak cepat kaya agaknya. Rupanya bila saya semak dalam web…ramai yang dah terkena
Kalau pembaca Oh! Media kira harga itu murah atau mahal?
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media