Oh! Lifestyle

Mat Sabu Yakin Bekalan Telur Cukup, Tak Perlu Import Telur India

Published on

Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan pihak mereka tidak lagi merekodkan kemasukan telur ayam import dari India atau Thailand.

BACA:Bersih, Selamat Dan Jimat” – Mat Sabu Bagi Sebab Import Telur Dari India

Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu pengimportan telur dari India tidak lagi direkodkan selepas Januari lepas.

Bekalan telur cukup

Dalam pada masa yang sama, beliau memberitahu kerajaan masih lagi membenarkan pengimportan telur dari negara luar sebagai langkah menampung keperluan tambahan.

Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi mempelbagaikan sumber bekalan telur di Malaysia bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara.

Malah, pihak kerajaan juga menyatakan usaha pengimportan telur dari negara luar adalah berdasarkan keputusan antara peniaga dengan peniaga, dan bukan dilakukan kerajaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version