Situasi banjir yang berlaku secara mengejut baru-baru ini menyebabkan beberapa tempat terputus bekalan elektrik. Ada yang terpaksa bergelap kerana ketiadaan lilin untuk digunakan di waktu kecemasan.
Bila berhadapan situasi tersebut, anda bolehlah ke dapur mencuba tips untuk menyalakan pelita yang diperbuat daripada empat bahan sahaja.
Nak tahu cara-caranya? Jom kita ikuti perkongsian ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah minyak masak, tisu atau kain perca, pemetik api dan beras. Beras digunakan bertujuan untuk menjadikan api lebih tahan lama.
Caranya mudah sahaja, masukkan bahan-bahan iaitu beras dan minyak masak ke dalam mangkuk kecil. Gulungkan tisu atau kain perca dijadikan seperti sumbu pelita.
Pelita beras ini dipercayai boleh menyala sehingga pagi tau. Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat diguna sewaktu memerlukan.