
Oh! Islam
Tiada Lagi Haji Pada Musim Panas Selama 25 Tahun Akan Datang
Duyufurrahman bakal tunaikan haji pada musim sejuk
Pusat Meteorologi Negara (NCM) Arab Saudi meramalkan bahawa ibadah haji tidak lagi akan berlangsung pada musim panas bagi tempoh 25 tahun akan datang.
Peralihan ini berlaku kerana kalendar Hijrah berpandukan peredaran bulan mengelilingi bumi, menjadikan panjang tahun Hijrah lebih pendek kira-kira 10 hingga 11 hari berbanding tahun Masihi, sekali gus menyebabkan tarikh ibadah haji sentiasa berubah dalam kalendar Masihi.
Jemaah haji bakal nikmati musim sejuk

Jurucakap NCM, Hussein Al-Qahtani berkata, musim haji tahun ini (1446H) menjadi penutup kepada ibadah haji yang berlangsung dalam bulan-bulan musim panas.
Lapan musim haji selepas ini akan berlangsung pada musim bunga, kemudian lapan musim lagi pada musim sejuk, seterusnya pada musim luruh dengan suhu yang makin meningkat, sebelum kembali semula ke musim panas dalam tempoh kira-kira 25 tahun.
Ramalan ini menjangkakan bahawa sehingga tahun 2050, jemaah haji tidak lagi akan menunaikan rukun Islam kelima tersebut pada musim panas. Sebaliknya, mereka akan menunaikan ibadah di musim yang lebih sejuk dan sederhana, sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada jutaan jemaah haji yang berhimpun di Makkah terutama Padang Arafah setiap tahun.

Perubahan ini dianggap signifikan untuk bakal jemaah haji kerana faktor cuaca memainkan peranan besar dalam aspek kesihatan dan keselamatan jemaah. Suhu musim panas di Makkah lazimnya boleh mencecah lebih 45 darjah celsius, yang meningkatkan risiko strok haba dan masalah kesihatan lain.
Pssttt! Alhamdulillah, satu rezeki besar bagi mereka yang berpeluang menunaikan haji pada musim sejuk nanti. Cuaca yang lebih nyaman pastinya membantu para jemaah untuk lebih fokus kepada ibadah tanpa gangguan panas terik. Semoga mereka yang dipilih menjadi tetamu Allah dapat menunaikan haji dengan tenang, khusyuk dan memperoleh haji mabrur.
Kredit: Saudi Press Agency
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
