Di bulan Ramadan yang mulia ini, kita sering diingatkan untuk memperbanyakkan amalan baik seperti mengeluarkan sedekah.
BACA: #RENUNGAN Viral Peniaga Jual Makanan Basi Dan Hangit, Mufti Pulau Pinang Perjelas Boleh Jatuh Hukum Haram
Tetapi, benarkah seseorang individu yang menarik balik sedekah dianggap memakan muntahnya sendiri? Jom, kita ikuti penjelasan tentang isu ini dalam pandangan Islam.
Tarik balik sedekah
Terdapat satu hadis mengenai isu sedekah ini daripada Abdullah bin Umar RA yang bermaksud:
Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah mensedekah kuda untuk fi sabilillah. Kemudian, didapatinya kuda itu dijual orang dan dia hendak membelinya semula. Namun, sebelum itu, dia pergi menemui Nabi meminta nasihat baginda. Nabi SAW bersabda kepadanya: “Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.” (Riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas menyatakan bahawa sedekah yang diberi tidak seharusnya diminta semula meskipun ia diperlakukan dengan perkara yang kita tidak setuju.
Malah, Rasulullah SAW pernah menyamakan tindakan meminta kembali sedekah seolah memakan muntahnya sendiri. Baginda bersabda:
Orang yang menarik kembali pemberiannya itu seperti anjing yang muntah, kemudian, memakan kembali muntahannya itu (Riwayat Muslim).
Bahasa mudah, lupakan sedekah yang diberi dan niat ikhlas kerana Allah SWT lebih penting dalam merebut pahala-Nya.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media