Musim mengundi sudah kembali lagi, namun tahukah anda mengundi bagi mencari pemimpin yang mampu menjaga agama Islam adalah perkara utama yang perlu difahami umat Islam.
Malah, mengundi pada pilihan raya juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam.
Dari segi pandangan Islam, memilih, mentaati atau berbaiah kepada pemimpin merupakan satu kewajipan dalam agama Islam.
Agama itu adalah asas sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa-apa yang tidak ada asas, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa-apa yang tidak ada pengawal akan menjadi hilang.
Pemimpin utama itu dilantik adalah untuk menjadi pengganti tugas kenabian dalam mengawal agama dan memerintah dunia dengan agama.
Oleh itu, diwajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, berumur 21 tahun ke atas, daftarlah sebagai pengundi demi menunaikan tanggungjawab agama dan hak bernegara.
Dalam pada itu, tugas pemimpin juga harus memastikan agama Islam disebarkan dan memastikan rakyat beriman kepada Allah serta selamat dunia dan akhirat.