Oh! Islam
Kes Zara Qairina: UAI Pesan Jangan Pandang Ringan, Ini Tanggungjawab Kita
Umat Islam yang berada dalam kesusahan atau dizalimi wajar kita cakna!
Jika kita buat media sosial sekarang, pasti kita akan lihat banyak hantaran solidariti dan tanda pagar #JusticeForZara, sedia kita ketahui hal ini susulan kematian seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dipercayai daripada kesan menjadi mangsa buli.
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus turut memberikan pandangan berhubung isu tersebut ketika menjawab pertanyaan jemaah sewaktu sesi ceramahnya.
Umat Islam perlu ambil tahu nasib umat Islam yang lain!

Ustaz Azhar menegaskan, setiap umat Islam yang berada dalam kesusahan, dizalimi atau ditimpa musibah wajar kita ambil peduli dan sekurangnya mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Kalau mereka perlukan pertolongan, kita harus berikan walaupun daripada jauh. Kalau mereka perlukan harta kita beri. Sebab tanda orang islam itu benar, dia akan ambil cakna apa yang berlaku pada umat Islam yang lain.
Ustaz Azhar turut menekankan hal tersebut dengan memetik sebuah hadis daripada Riwayat at-Tabrani.
Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Islam maka dia bukan dalam kalangan mereka.