Hidup pada zaman media sosial kini, orang ramai lebih mudah terdedah kepada perkara viral antaranya makanan, tempat pelancongan, promosi jualan dan sebagainya.
Perkara ini secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk turut sama merasai ‘kemeriahan’ perkara tular tersebut, sampai ada yang sanggup beratur selama berjam-jam!
Mengulas kepada isu itu, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata ini adalah salah satu penyakit akhir zaman di mana orang ramai ‘kasih’ kepada perkara viral dan ‘kasih’ kepada kemegahan.
Beratur dari 12 malam pukul 9 pagi esok barulah kedai buka. Patutnya esoklah pergi beli, tapi tak beratur dari 12 malam. Cerdik ke bodoh? Bukan kita kelaparan 6 tahun tak ada makanan. Betul tak?
Dalam pada itu, ustaz turut mengulas mengenai cara promosi di TikTok. Katanya, sebahagian promosi bagus apabila menjaga pantang larang dalam Islam. Tetapi ada sebahagian promosi haram.
Nak suruh laku mi goreng, apahal tunjuk punggung mu pula? Tu macam tak pakai baju, pakai baju tapi telanjang. Pakai seluar tapi nampak bentuk punggung.
Ujar Ustaz Azhar lagi, apabila promosi haram maka tiada keberkatan dalam perniagaan. Peniaga pula lebih mementingkan perniagaan laris sehingga melanggar syarat dalam agama.