Connect with us

Oh! Media

Baru Sangat Bebas Lepas Bayar Ikat Jamin RM20K, Nuramira Ditahan Penguatkuasa JAWI Depan Mahkamah

Ohmedia jawi

Oh! Islam

Baru Sangat Bebas Lepas Bayar Ikat Jamin RM20K, Nuramira Ditahan Penguatkuasa JAWI Depan Mahkamah

Terbaik penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana ambil tindakan pantas terhadap penghina agama. Mesti ada yang rasa geram lepas ada pula orang yang nak derma wang jaminan dekat penghina agama ni. Tapi itu semua tak pelik pun..

BACA: Pelawak Wanita Buka Baju Mengaku Tidak Bersalah Hina Islam 

Image 56

Terkini, memetik laporan Kosmo, pihak JAWI pagi tadi sudah menahan pelawak wanita, Siti Nuramira Abdullah berusia 26 tahun yang baru sahaja selesai membayar jaminan untuk dibebaskan.

IKLAN

Sebaik sahaja mereka menandatangani Borang Jamin bersama peguam Ramesh Chandran di Kauntuer Jaminan Kompeks Mahkamah Kuala Lumpur, JAWI terus menahan Nuramira terbabit kira-kira jam 10.20 pagi.- Sumber.

Image 57

Nuramira akan ditahan selama 24 jam dan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok. Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas