Oh! Islam

2 Tahun Menanti, Akhirnya Umat Islam Dah Boleh Rapatkan Saf Solat!

Published on

Akhirnya, pengumuman yang dinanti-nantikan oleh umat Islam, solat jemaah di masjid atau surau kini sudah tiada penjarakan fizikal, dan dah boleh rapatkan saf solat seperti dahulu kala!

BACA: Seluruh Masjid Perlis Akan Mula Solat Berjemaah Dengan Merapatkan Saf Ketika Solat Subuh Sabtu

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan memansuhkan penjarakan fizikal dalam melaksanakan ibadah solat di seluruh negara.

Ini isu besar yang diperkatakan oleh rakyat yang mahu rapatkan saf ketika solat jumaat, selepas ini imam boleh katakan rapatkan saf dan tiada lagi perlu ada penjarakan satu meter.

Bagaimanapun, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan Agama Islam terletak dalam kuasa negeri, maka cadangan tanpa penjarakan fizikal hanya dicadangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh menentukan keputusan itu.

Alhamdulillah, semoga keputusan yang dibuat ini dapat kembalikan keamanan negara dan menyatukan semula umat Islam. Semoga ibadah yang kita lakukan ini akan diredhai dan diberkati oleh Allah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version