Oh! Gear

Polis Berjaya Memberkas Warga Asing Tunggang Motor Lawan Arus, Jumpa Pelbagai Pasport

Published on

Polis trafik Ampang Jaya berjaya menahan sebuah motosikal ditunggang lelaki warga asing yang didapati menunggang lawan arus semasa menjalankan Op Khas Saman Warga Negara Asing, baru-baru ini.

Difahamkan, penahanan dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya di Jalan Pandan Indah, Ampang, Selangor.

Dalam pada itu, semakan mendapati penunggang tidak memiliki lesen mamandu sah.

Pemeriksaan dilakukan pada tubuh badan penunggang tetapi tidak membawa kepada penemuan barang yang menyalahi undang undang.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12A Akta Passport.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version