Mesti ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran Perodua Alza baru kan? Nampaknya Perodua mungkin dah bersedia nak lancarkan model itu sebab dah ada video acah pertama rasmi gais.
Sebenarnya Perodua Alza (2022) ni sepatutnya dah dilancarkan pun sebelum ini tapi terpaksa ditunda kerana kekurangan tenaga pekerja di bahagian vendor.
Teaser pertama
Pergh! Cantik betul kan? Mesti ramai yang tak senang duduk sebab nak tahu rekabentuk, ciri terbaru dan macam-macam lagi yang dibawakan pada model ini kan?
Sebelum ini kami ada kongsikan foto Alza terbaru yang tersusun dipercayai di kawasan kilang Perodua. Korang rasa Perodua Alza (2022) akan mendapat sambutan yang gila-gila tak kalini?