Oh! Gear

Operasi Khas Kesan Nombor Plat ‘Fancy’ Dijalankan!

Published on

Polis Trafik Daerah Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam operasi khas semalam telah mengeluarkan sebanyak 49 saman daripada 122 kenderaan yang diperiksa.

BACA : JPJ Lakukan SJR Bermula Semalam, Periksa Kenderaan Tanpa Perlindungan Insuran!

Menurut laporan Berita Harian, operasi khas di Jalan Seremban – Port Dickson di Lukut itu dijalankan selama 2 jam setengah yang bermula daripada pukul 3.30 petang.

Ianya memberikan tumpuan kepada kenderaan yang melakukan kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Ia juga tidak mengikut peraturan tanpa mendapat kelulusan JPJ di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 6(1) LN 173/1969.

Sebelum ini kami melaporkan Sekatan Jalan Raya akan dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Sedar di seluruh negara. Perkara ini dilaksanakan untuk memerika perlindungan insurans kenderaan korang yang sudah tamat tempoh.

Kenderaan yang tidak memperbaharui perlindungan insurans akan menimbulkan masalah sekiranya kenderaan yang dinaiki mengalami kenderaan. 

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan JPJ. Kalau tak langgar, takdelah sia-sia duit kena bayar saman.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Comments

Exit mobile version