Oh! Gear

MAS Umum Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Kerana Isu Katering

Published on

Perbezaan yang ketara ketika menaiki penerbangan MAS dengan Air Asia ialah makan akan diberikan kerana termasuk dengan harga tiket.

Menurut laporan TMI, MAS telah mengumumkan penumpang mereka diberikan pilihan membawa bekalan makanan sendiri dalam pesawat kerana isu katering yang sedang dihadapi sekarang.

Malah, isu katering yang menyebabkan beberapa penerbangan MAS terpaksa dibatalkan minggu ini selepas mereka menamatkan kontrak dengan pembekal mereka Brahim’s Food Services (BFS).

Selepas 26 tahun menggunakan perkhidmatan BFS, MAS kini menggunakan perkhidmatan daripada lapan syarikat katering berbeza.

Namun, penumpang dibenarkan untuk membawa makan sendiri, mereka masih perlu memenuhi garis panduan keselamatan had cecair, aerosol dan gel yang ditetapkan sebelum ini. 

Tambahan, cecair misalnya masih terhad kepada 100ml sementara makanan yang boleh dipanaskan sendiri juga tidak dibenarkan.

BACA: Lelaki Undang Kekecohan Dalam Pesawat MH122, Netizen Puji Staff MAS Kekal Tenang

Terdahulu, kami ada kongsikan kisah mengenai video yang tular di media sosial mengenai pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dijadualkan berlepas dari Sydney tetapi terpaksa berpatah balik kerana kekecohan yang berlaku disebabkan seorang lelaki.

Kredit: The Malaysian Insight

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Bagi pasaran Malaysia, terdapat 2 varian ditawarkan iaitu : 1) Model 3 RWD ➡️ RM189,000 2) Model RWD Long Range ➡️ RM218,000. Dari segi warna hanya satu pilihan “Pearl White Multi-Coat”. Tapi korang boleh dapatkan 2 warna lain “Solid Black” atau Deep “Blue Metallic “dengan menambah RM5,000. Tempahan sudah dibuka di laman web Tesla Malaysia dengan bayaran tempahan RM1,000. Mohhh lerrr kiteee! Kredit: Careta #trendingnewsmalaysia #tesla #model3

♬ Sequência da Dz7 – MC Menor Do Alvorada & TRASHXRL

Exit mobile version