Menurut laporan Careta, terdapat empat pilihan warna baru ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Hijau, Cyan, Biru dan kelabu. Pergh! Warna kelabu ni cantik gila!
Moped ini dikuasakan dengan enjin 150cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan sehingga 15.2hp dan tork sehingga 13.8Nm. Untuk kotak gear, ia masih menggunakan kotak gear lima kelajuan seperti versi sebelum ini.
Rasanya hampir semua sama dengan apa yang ditawarkan pada versi sebelum ini, cuba cover set saja yang berbeza. Apa pandangan korang?
Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Y15ZR keluaran baru ini pada harga bermula RM8,498 dengan waranti sehingga 2 tahun atau jarak pemanduan sehingga 20,000 bagi mana satu yang sampai dulu.