Selagi tak dilancarkan, selagi itulah ramai yang tak senang duduk sebab nak tahu rekabentuk, ciri terbaru dan macam-macam lagi yang dibawakan pada model ini kan?
Walaubagaimanapun, terdapat satu video di Tiktok yang dimuatnaik @nick8486 menunjukkan Alza terbaru itu yang tersusun dipercayai di kawasan kilang Perodua. Tapi, video itu telahpun dipadam.
Kalau korang lihat, terdapat 4 buah Alza yang berlainan warna iaitu hitam, putih, silver dan merah. Rasanya bukan 4 je dan mungkin ada pilihan warna lain yang ditawarkan nanti.
Pergh! Nampak smart gila. Kalau nak tengok lebih dekat dan nak tahu apa yang menarik dibawakan pada Alza (2022) ini, kenalah tunggu juga sehingga ianya dilancarkan.