Oh! Artis

Zul Ariffin Akhirnya Beri Respon Isu Ruhainies Ditangkap Khalwat Dengan Aliff Aziz

Published on

Pelakon kacak, Zul Ariffin yang dulunya rapat dengan pelakon jelita, Ruhainies akhirnya beri respon mengenai isu ditangkap khalwat pada 9 Mac lepas.

BACAAliff Aziz Akhirnya Keluarkan Kenyataan Rasmi, Cerita Kejadian Sebenar Ketika Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies

Menurut laporan xtra, Zul berkata yang dia tahu perkara itu pun dari laporan media dan tidak menghubungi Ruhainies.

Biarlah Ruhainies menyelesaikan hal itu secara aman. Sebagai orang luar saya tidak layak berkata-kata. Saya cuma tahu apa yang dilaporkan media sahaja.

Saya enggan letakkan diri dalam kelompok mereka yang rugi atau membuang pahala puasa sebab ramai sangat yang suka cakap bukan-bukan.

Lebih baik saya asingkan diri, jangan campur tangan dan lihat dari jauh. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan hal itu.

Bukan tu jer, Zul Ariffin juga mendoakan agar kontroversi membabitkan rakannya itu dengan suami kepada Bella Astillah iaitu Aliff Aziz dipermudahkan.

Benda tersebut bukannya perkara yang seronok, jadi saya cuma mampu doakan yang terbaik kepadanya.

Kalau fasal kerja saya memang boleh bagi komen, tapi ini hal peribadi, jadi saya takut.. Lebih baik saya jaga lidah.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version