Oh! Artis

Zarina Anjoulie Dedah Sudah Rujuk Semula Dengan Bekas Suami

Published on

Baru sahaja dilaporkan yang Zarina Anjoulie mungkin sudah berbaik semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar, nampaknya spekulasi itu mungkin ada kebenarannya.

Dalam sebuah posting yang sudah dipadam, Anju mengesahkan bahawa dia sudah rujuk kembali dengan Yas dan meminta para wanita di luar sana supaya berhenti mengganggu suaminya kini.

Malah di dalam salah satu hantaran di IG Story selebriti itu, dilihat dia dan Yas keluar bersama namun tidak menjelaskan langsung mengenai status mereka kini.

Apa pun, semoga Anju dan Yas berbahagia dengan keputusan ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version