Oh! Artis

Zarina Anjoulie Bergambar Dengan Jejaka Hensem, Buah Hati Baru Ke Tu?

Published on

Macam lama tak dengar cerita terbaru pelakon wanita, Zarina Anjoulie kan? Apapun, siapa yang ikut rapat perkembangan Anju mesti perasan dia ada kongsikan gambar bersama seorang jejaka tampan dekat Instagram beberapa hari lepas.

Kata Anju dalam kapsyen foto tersebut, lelaki tersebut seperti ‘eye candy’ atau dengan kata lain, sedap dipandang. Wah, kalau sedap dipandang tu memang sesuai sangat jadi suami, boleh pandang hari-hari.

Anju bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut tentang siapakah lelaki itu. Apapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya suka melihat Anju bersama lelaki ini dan dikatakan sesuai. Rakan-rakan artis pun sokong.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Zarina dalam mencari jodohnya sebagai pasangan hidup sehingga ke hari tua.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version