Connect with us

Oh! Media

Yasmin Hani Akui Hanya Jadi Diri Sendiri, Jawab Isu Berpakaian Nampak Aset

yasmin hani

Oh! Artis

Yasmin Hani Akui Hanya Jadi Diri Sendiri, Jawab Isu Berpakaian Nampak Aset

Pelakon cantik, Yasmin Hani sekali lagi menarik perhatian netizen selepas kongsi gambar berpakaian seksi di Instagram. Yasmin yang mengenakan pakaian dalam warna ungu dan berseluar pendek putih itu menjolok mata ramai pengikutnya kerana pakaian itu ketat dan ikut bentuk badan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pakai Baju Nampak Aset, Artis Popular Dikecam Terlalu Seksi

Yasmin yang sudahpun berusia 43 tahun itu bagaimanapun sedar dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya. Bagaimanapun, dia akui tidak dapat menutup mulut orang dan hanya mahu jadi diri sendiri.

Kalaiu kita kisah dengan apa orang cakap, kita tak boleh hidup. Paling penting, keluarga da norang sekeliling kita okay. Kita tahu apa yang kita buat dan it’s fine.

yasmin hani

Apa sahaja yang kita buat, orang tetap akan mengata. Kita tak boleh nak tutup mulut orang lain. Kalau mereka nampak benda baik, maka baiklah jadinya tapi kalau pilih untuk lihat sesuatu perkara itu negatif, tak baiklah jadinya.

Yasmin Hani anggap apa yang dipakainya adalah perkara biasa…

Yasmin dalam pada itu sedar tentang batas dalam berpakaian dan menegaskan dia bukanya pakai bikini seperti didakwa.

Saya bukan berbikini. Kalau pakai baju renang pun saya tetap pakai seluar. Bagi saya ini benda biasa sebab pakaian harian saya kalau di rumah pun berseluar pendek.

Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buatnya. Yasmin juga ada cakap yang dia juga ada terima DM daripada netizen yang menegur dan nasihat dengan baik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas