Connect with us

Oh! Media

Watie Hanifiah Sarat Lima Bulan, Shuib Akui Sayu Terkenang Arwah Siti Sarah

Ohmedia shuib 1

Oh! Artis

Watie Hanifiah Sarat Lima Bulan, Shuib Akui Sayu Terkenang Arwah Siti Sarah

Watie Hanifiah sah hamil lima bulan, Shuib akui kehamilan kali ini dirancang.

Desas-desus yang berlegar sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab! Pempengaruh dan isteri kepada pelawak popular Shuib, iaitu Watie Hanifiah, tampil mengesahkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.

BACA: Shuib ‘Terlepas Cakap’, Netizen Serbu Ucap Tahniah Lepas Nampak ‘Baby Bump’ Watie

Pasangan ini sebenarnya sudah mengetahui berita gembira itu sejak awal, namun memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia sebelum berkongsi dengan peminat.

IKLAN

Shuib sayu terkenang arwah Siti Sarah

Menurut Shuib, kehamilan kali ini membuatkan dia kembali mengimbas kenangan bersama arwah isterinya, Siti Sarah, terutama ketika mengetahui berita kehamilan anak bongsu mereka dahulu.

Alhamdulillah, seperti yang orang nampak dan ramai berteka-teki, isteri saya memang sudah hamil lima bulan. Masa mula-mula dia hamil anak pertama (yang kemudian keguguran), kami dapat tahu ketika berada di Madinah. Ketika itu saya rasa sangat sayu kerana teringat arwah Sarah yang kali terakhir hamil anak bongsu kami.

Shuib mengakui perasaan itu hadir semula, kali ini gabungan rasa syukur dan sebak. Namun dia dan Watie tetap positif serta bersyukur apabila usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.

Xrddafk 9znqjy1644j4115746707t23050610

Untuk yang kedua ini memang kami rancang. Alhamdulillah, lekat. Watie pun sangat teruja dan berjanji akan menjaga kandungan betul-betul kerana sebelum ini dia kuat bekerja.

Dalam masa yang sama, tidak ramai yang tahu mengenai kehamilan ini pada awalnya, termasuk anak-anak mereka sendiri.

Shuib berkongsi detik menyentuh hati apabila memilih malam final program Talk To My Manager (TTMM) untuk memaklumkan berita itu kepada anak perempuannya, Talitha.

Saya beritahu Talitha dalam bilik persalinan sebelum dia membuat persembahan. Sebab itu dia kelihatan sangat berseri di atas pentas, sebab dia tahu mummy dia hamil.

Selepas persembahan berakhir, pasangan itu merakam video khas bagi mengumumkan berita gembira tersebut kepada anak-anak yang lain.

Tak kisah jantina, asalkan bayi sihat

Bila ditanya soal jantina bayi, Shuib berkata mereka belum bersedia untuk berkongsi butiran itu. Katanya, biarlah segalanya menjadi kejutan.

Sekarang saya tak kisah, janji bayi sihat, itu sudah memadai.

Terdahulu, Watie pernah melalui pengalaman duka apabila mengalami keguguran ketika hamil anak pertama mereka.

Pssttt! Berita ini pastinya mengundang senyuman di wajah ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. Semoga kandungan Watie dipermudahkan dan keluarga ini terus dilimpahi kasih sayang serta kekuatan.

Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas