Video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen apabila jelas terpampang raut wajah ustaz yang seolah-olah kurang selesa. Sampaikan ada yang tunduk sambil memegang kepala.
Netizen berpendapat penyanyi tersebut tersalah ‘majlis’ dan persembahannya kurang sesuai dengan hadirin pada hari itu.
Video yang dimuat naik pengguna Facebook Mael YY Pang itu sehingga kini telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan 900 komen. Namun, tidak dapat dipastikan di mana dan bilakah majlis ini berlangsung.
Apa-apa pun kita tunggu respon balas daripada Waris sendiri mengenai video tular ini.