Oh! Artis

Wajah Anak Kedua Neelofa Nampak Di Pantulan Cermin, Comel Macam Bilal!

Published on

Selebriti terkenal Neelofa mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan berkongsi foto anak keduanya bernama Abdullah Abbas menerusi hantaran Instagram Story malam tadi.

BACA: Neelofa Umum Nama Anak Kedua, Berharap Dipilih Allah Menjadi Daie

Dalam hantaran itu, kelihatan wajah Abbas menerusi pantulan cermin ketika sesi fotografi khas dipercayai dilakukan di sebuah studio.

Walaupun rakaman video tidak jelas, tetapi kelihatan anak kedua selebriti ini saling tak tumpah dengan abangnya, Muhammad Bilal.

Terdahulu, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi apabila tak menunjukkan wajah anak kepada umum. Neelofa juga menutup muka anak dengan stiker membuatkan peminat tak berpuas hati. Namun untuk anak kedua ini Neelofa bersikap lebih terbuka kan?

Kredit: Instagram Neelofa

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version