Oh! Artis

(Video) Tunjuk Bakat Menari Di TikTok, Dafi Kena ‘Bahan’ Dengan Netizen

Published on

Popular dengan tagline Baik Punya, peserta program Akademi Fantasia, Dafi pernah menjadi tumpuan ramai satu ketika dahulu. Selain menyanyi, anak seni ini turut melibatkan diri dalam dunia lakonan.

BACA: “Semua Lesap Macam Tu Ja” – Dafi Dedah ‘Job’ Dibatalkan Lepas Bapa Bukan Lagi PM

Terbaru, Dafi menjadi perhatian netizen gara-gara berkongsi video sedang menari di TikTok. Menerusi video itu, dia dilihat lincah menari mengikut rentak lagu Lantaklah oleh kumpulan XONE.

Dafi tunjuk bakat menari

@dafiismailsabri YEAP! Well said! “I’m gonna be just fine!” @X♡NE #xonelantaklah ♬ LANTAKLAH – XONE

Selain video itu, Dafi juga memuat naik video menari lain berlatar belakangkan lagu remix Give It To Me x Say It Right nyanyian Nelly Furtado, Timbaland dan Justin Timberlake.

@dafiismailsabri Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu… terima seadanya dulu k…next video kita kawal peng-ULAR- an itu. ✌️😝✌️ #SebelumKenaCarutBetterCarutDiriSendiriDulu #giveittomexsayitright #giveittome #sayitright #dance #BroCuba ♬ Give it to me x Say It Right – Kuya Magik

Di ruangan komen, netizen menegur aksinya yang kerap menjelirkan lidah ketika menari. Tak kurang juga yang mengkritik Dafi masih ‘keras’ dan perlukan banyak latihan.

Kredit: TikTok Dafi Ismail Sabri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version