Dalam hidup, bapa memainkan peranan yang penting dalam hidup anak-anak. Kasih sayang yang diberi serta pengorbanan yang dilakukan akan sentiasa membuatkan anak-anak terkenang akan bapa mereka.
Terbaru di media sosial, selebriti terkenal, Nabil Ahmad menangis ketika siaran langsung di Meletop ketika membahaskan topik mengenai bapanya.
Terkenang saat terakhir bapa
Semalam rancangan Meletop telah dihos oleh Nabil Ahmad dan Lisa Surihani sebagai pengacara jemputan sempena peristiwa Maulidur Rasul. Selain itu, Nabil juga berkongsi detik-detik akhir bersama bapanya, Allahyarham Ahmad bin Haji Ismail yang telah meninggal dunia pada Jumaat yang lalu.
Macam saya as anak, saya rasa, saya banyak benda saya tak sempat nak buat dengan dia. Saya rasa macam ada banyak lagi tanggungjawab yang saya perlu langsaikan dengan dia. – Nabil Ahmad
Walau bagaimanapun, Nabil berasa gembira kerana bapanya pergi dalam keadaan yang baik. Ayuh, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.