Oh! Artis

Video Terbaru Yasmin Hani Dengan Teman Lelaki Undang Kecaman Netizen

Published on

Perkongsian terbaru pelakon dan pengacara, Yasmin Hani bermesra dengan teman lelakinya, Alif Hadi menerusi satu video di media sosial sekali lagi mendapat perhatian netizen. Apa pula kalini?

Kalau korang tengok video yang dikongsikan di Tiktok ni, Yasmin dan Alif dipercayai berada di sebuah lapangan terbang untuk menaiki pesawat.

Bukan tu jer, Yasmin juga selamba mencium bahu Alif dan nampaklah yang mereka berdua ni sangat gembira bersama.

Kalau korang tengok ruangan komen pula, ramai yang mempersoalkan status hubungan mereka kerana berasa kurang senang dengan kemesraan mereka.

Ada juga yang mendesak supaya Hani dan Hadi cepat-cepatlah kahwin. Kalau dah suka sama suka dan mampu, apa tunggu lagi kan? Apapun, semoga urusan mereka dipermudahkan..

Kredit: Tiktok Yasmin Hani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version