Seperti yang kita tahu, kisah percintaan dua usahawan berjaya, Dato Seri Vida dan Iqbal hangat diperkatakan sehinggakan mereka bercadang mahu mengikat tali perkahwinan.
Menerusi video yang dimuat naik @__akakaiskrim itu, dapat dilihat Iqbal dan DSV saling berbalas nyanyian ketika sesi penggambaran dijalankan.
Iqbal dan DSV menyanyikan lagu single masing masing berjudul Hujan dan Ku Ikhlaskan yang menggambarkan perasaan mereka selepas berlakunya perpisahan di antara mereka.
Dapat dilihat juga, pelakon Azad Jasmin berada di situ menjadi pengarah dan penyanyi latar.
Kalau kahwin, jodoh diorang memang kuat
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah dipaparkan dua usahawan itu malah ada juga yang tertanya-tanya mengenai status hubungan DSV dan Iqbal sekarang.
Usia itu sekadar nombor aja, kalau bercinta balik pun apa salah nya kan?