Sebelum ini tersebar video menunjukkan Bella Astillah menangis teresak-esak ketika mendedahkan perilaku suaminya, Aliff Aziz kepada pihak media. Banyak perkara yang didedahkan Bella tetapi Aliff masih tidak mahu melepaskan isterinya itu dengan lafaz cerai.
Bagaimanapun, Ohmedia berasa sebak pula bila melihat sudut lain video temu bual Bella malam semalam yang ternampak ibu kandung Bella iaitu Eina Astillah turut tidak dapat menahan air mata di belakang anaknya.
Bella sebenarnya ditemui pihak media ketika majlis berbuka puasa semalam dan ditemani oleh ibunya, Eina Astillah.
Menerusi satu video dimuat naik oleh seorang jurugambar yang berada di lokasi, ibu Bella dilihat duduk di bahagian hujung kerusi ketika anaknya ditemu bual.
Tangisan Eina itu sememangnya menunjukkan betapa sakit dan pedihnya hati seorang ibu apabila anak yang mereka sayangi disakiti oleh seorang insan bergelar suami.
Terdahulu, Bella mendedahkan Aliff Aziz telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang mereka bergelar suami isteri dan salah satunya adalah dengan adik kandungnya sendiri.