Baru-baru ini tular semula rakaman video muzik menampilkan isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar menyanyikan lagu single terbitannya sendiri. Wuish, biar betul?
Rakaman tersebut telah dimuat naik di YouTube kira-kira 2 tahun yang lalu pada Julai 2021.
Ira boleh nyanyi?
Pelakon dan influencer berkenaan dilihat menjadi model dan menyanyikan lagu dalam rakaman video muzik tersebut.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat memuji kecantikannya dalam video itu. Tak kurang juga ada yang mengkritik disebabkan kontroversi yang melanda dirinya.
Apa pendapat korang? Agak-agak sedap tak suara Ira Kazar?