Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai sekali lagi mengundang kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengguris hati pemilik kenderaan biasa.
Menerusi rakaman video tular, Opai atau nama sebenarnya Alif Awang berkata hanya kereta supercar dibenarkan hadir ke acara 100 buah supercar di Pavillion Kuala Lumpur.
Apa yang tak sedap didengar apabila lelaki ini menggelarkan kereta lain sebagai najis.
Sedar dirinya menerima kritikan, Opai menerusi hantaran di Instagram Story memohon maaf dan menjelaskan video rakaman adalah spontan.
Opai tampil mohon maaf
Katanya, dia tak ada niat untuk menghina sesiapa. Kenyataan di dalam video adalah gurauan ditujukan kepada rakan-rakannya yang membawa Mustang, AMG dan FK8R ke acara pada hari itu.
Terdahulu, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman turut menegur tindakan jutawan muda ini yang seolah-olah bongkak dan merendah-rendahkan orang lain.